Name:
Email Address:
Phone No.
Shipping Address
Products
Payment Method
Message

Jika terdapat sebarang masalah di laman web http://www.juraidiahmad.com, sila layari laman web alternatif kami di alamat http://74.125.43.121 Harap maklum.
Latest Posts

Rahsia Wanita Jepun Hidup Lama

1.Mengambil makanan lengkap yang bervariasi. Bahan makanan yang terdapat di dapur masyarakat Jepun terdiri daripada pelbagai sumber. Walaupun harganya tidak mahal namun, ia mengandungi nutrisi yang tinggi yang diperlukan oleh tubuh badan. Kebanyakan masyarakat Jepun suka makan ikan, rumpai laut, sayur-sayuran, kacang soya, beras, buah-buahan dan teh hijau.

2.Orang Jepun menikmati makanan yang dimasak sendiri setiap hari. Hidangan makanan tradisional Jepun biasanya terdiri daripada ikan bakar, semangkuk nasi, sayur rebus, sup miso, hirisan buah dan teh hijau sebagai pencuci mulut. Orang Jepun merupakan pengguna ikan tertinggi di dunia. Purata pengambilan ikan bagi seorang individu Jepun adalah 68.04kg per tahun dibandingkan penduduk di negara lain iaitu hanya sebanyak 35kg per tahun. Seperti yang diketahui, ikan mempunyai kandungan omega 3 yang tinggi dan ini menjadi salah satu faktor mengapa mereka hidup lebih lama dan sihat. Selain itu, mereka juga suka makan brokoli dan sayur-sayuran dimana mereka mengambil 5 kali ganda lebih banyak sayur-sayuran seperti brokoli, kubis, kubis bunga dan kubis Brussel berbanding orang Amerika.

3.Orang Jepun hanya memasak makanan yang segar. Pendekatan yang digunakan oleh orang Jepun ketika memasak ialah mereka hanya akan menggunakan bahan-bahan yang segar yang terdapat pada musim tersebut. Pasaraya juga sangat mengutamakan kesegaran sesuatu makanan yakni bukan sahaja menitikberatkan tarikh luput sesuatu makanan yang dijual bahkan setiap makanan yang akan dijual perlu disemak setiap setengah jam. Wanita Jepun juga sangat selektif dalam memilih ikan, daging dan sayur-sayuran.

4.Orang Jepun makan dalam kuantiti yang kecil. Sejak kecil lagi, masyarakat di Jepun telah diajar untuk makan secara perlahan-lahan dan belajar untuk menikmati setiap kunyahan. Makanan yang dihidang di atas pinggan pula hanya satu pertiga daripada ukuran saiz peralatan makan orang Amerika. Orang Jepun sangat menitikberatkan tatacara dan adab-adab ketika makan. Ungkapan yang sering diamalkan oleh orang Jepun ialah “makanan mestilah segar, setiap menu mestilah dihidang dalam satu pinggan dan makanan perlu dihias supaya nampak cantik dan teratur”.

5.Teknik memasak di Jepun sangat ringkas dan sederhana. Sebahagian besar kerja-kerja memasak dilakukan di atas dapur menggunakan teknik seperti mengukus, membakar, menumis, menggoreng dan mendidih dengan menggunakan peralatan seperti periuk dan kuali. Tukang masak di Jepun akan menggunakan minyak yang khusus dan perisa makanan daripada bahan semulajadi supaya kesihatan jantung sentiasa terjamin.

6.Orang Jepun lebih memilih makan nasi berbanding roti. Ini merupakan perbezaan paling ketara mengenai tabiat makan orang timur dan barat. Mereka yakin bahawa pengambilan tepung gandum yang berlebihan merupakan faktor utama masalah obesiti di Amerika. Sekiranya anda telah terbiasa mengambil roti setiap hari cuba gantikan dengan secawan beras merah atau gandum 1-2 kali sehari.

7.Di Jepun, pengambilan sarapan pagi adalah sangat penting. Sarapan mereka terdiri daripada pelbagai jenis makanan seperti teh hijau, nasi kukus, sup miso dengan tauhu, daun bawang, rumpai laut, telur dadar, telur ikan dan ikan. Namun semua makanan tersebut diambil dalam kuantiti yang kecil.

8.Masyarakat Jepun hanya makan makanan manis dalam kuantiti yang sangat sedikit. Di Jepun, makanan pencuci mulut hanya dihidang dalam kuantiti yang kecil tidak seperti di Amerika. Namun, itu tidak bermaksud mereka tidak makan makanan seperti coklat, kuih-muih, aiskrim dan kacang merah cuma mereka lebih menghargai kesihatan tubuh badan mereka. Mereka sedar bahawa pengambilan makanan manis yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan.

9.Orang Jepun mempunyai “mind set” yang berbeza tentang makanan. Walaupun orang Amerika sangat prihatin terhadap masalah diet dan berat badan namun sebaliknya berlaku pada masyarakat Jepun yang sering didorong untuk menikmati makanan yang pelbagai tanpa masalah diet. Namun, pada ketika ini masyarakat Jepun sudah mula berhati-hati lebih-lebih lagi dengan wujudnya pelbagai restoran makanan segera ala barat yang diyakini akan menjadi faktor yang menyumbang kepada masalah obesiti dikalangan remaja.

10.Bersenam merupakan amalan harian masyarakat Jepun. Masyarakat Jepun sentiasa memiliki kesihatan yang baik kerana mereka merupakan masyarakat yang aktif dan suka mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan harian mereka. Contohnya, mereka sentiasa berusaha mewujudkan persekitaran yang sihat dengan cara berbasikal, berjalan, mendaki dan sebagainya.

11. Mereka juga mengamalkan supplement. Mereka amat berhati-hati dalam memilih makanan tambahan kerana kesilapan memilih yang menjadi akibatnya adalah tubuh mereka juga.

Credit: inhealthbeauty.com

read more...

CARA-CARA MELAMBATKAN PROSES PENUAAN

  1. Diet dan makanan tambahan – Pengambilan makanan secara seimbang dan teratur dapat mengekalkan kesihatan. Elakkan obesiti dengan mengambil makanan rendah lemak, dan lebihkan sayur-sayuran. Dapatkan maklumat piramid pemakanan untuk dijadikan panduan pengambilan makanan seharian.
  2. Pengambilan makanan tambahan seperti vitamin E dapat melambatkan proses penuaan. Ia dapat melindungi kemusnahan sel dan membantu kesihatan sel-sel tubuh. Selain itu, makanan tambahan lain termasuk selenium, vitamin C, beta-karotin, L-Cysteine, asid folik, zink dan sebagainya diambil dengan betul dapat melambatkan proses penuaan.
  3. Herba dikatakan baik untuk pengaliran darah. Antara herba yang popular untuk kegunaan kesihatan seperti bawang putih, ginseng, dan lada. Contohnya bawang putih dikatakan dapat mencegah daripada demam selesema, gangguan pernafasan dan penyakit usus. Pada masa kini herba banyak digunakan untuk produk kesihatan dan kecantikan. Sebelum menggunakan produk herba, anda perlu pastikan kualiti produk dapatkan maklumat daripada pakar berkaitan.
  4. Senaman berterusan boleh meningkatkan ketahanan fizikal dan mental. Ia bukan sahaja mengurangkan berat badan, malahan tekanan darah rendah, mengurangkan tekanan, mengawal tahap gula serta meningkatkan sistem imuniti. Dengan melakukan senaman selalu, anda akan menjadi sihat serta nampak lebih muda. Jangan lupa, lakukan juga senaman wajah.
  5. Untuk menguatkan daya ingatan, amalkan tidur yang cukup, minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari, makan makanan seimbang, serta melakukan latihan. Sebagai tanda peringatan, senaraikan perkara yang hendak dilakukan dalam buku nota dan rujuk setiap pagi dan kemaskinikan selewat-lewatnya sebelum tidur.
  6. Jika ingin berbadan kurus dan langsing, pastikan wajah anda tidak terlalu cengkung. Ia akan kelihatan nampak lebih tua dan usia sebenar. Ini kerana kulit pada wajah lebih nipis berbanding dengan bahagian tubuh yang lain. Kurus tidak semestinya lebih cantik dan kesihatan diri itu yang lebih penting.
  7. Tetapkan waktu untuk tidur. Ia akan mendisiplinkan diri anda untuk mendapat rehat yang secukupnya. Tandanya, anda rasa segar apabila bangun pagi. Kurangkan tekanan dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan bersikap positif.
  8. Banyakkan minum air bersih. Ini kerana kandungan air dalam badan sangat tinggi. Contohnya otak mengandungi 95 peratus air, darah 82 peratus air dan paru-paru 90 peratus air. Pengambilan air yang mencukupi dapat menajamkan pemikiran, mengelakkan penyakit dan kulit menjadi lebih cantik.
  9. Penampilan diri menarik apabila bijak memilih fesyen pakaian dan aksesori. Ia dapat mengawal usia secara psikologi. Anda boleh merujuk kepada media untuk memilih fesyen yang sesuai. Sebaiknya sesuaikan pemilihan pakaian dengan usia, kerjaya, keadaan persekitaran dan latar belakang keluarga.
  10. Gunakan pelembap dan pelindung matahari untuk penjagaan kulit. Sekurang-kurangnya anda perlu mengenakan pelembap pada setiap pagi. Penjagaan kulit secara keseluruhan juga penting untuk menyingkirkan sel-sel kulit yang mati serta daki yang degil. Dapatkan produk penjagaan diri yang sesuai dengan anda. Jika tidak pasti, anda boleh tanyakan kepada ahli farmasi, dan pakar kuit. Penuaan pada kulit disebabkan oeh pendedahan cahaya matahari (dan jam 10 pagi hingga 3 petang) dan keadaan alam sekitan yang tercemar.
Credit: inhealthbeauty.com
read more...

Berapa Banyak Air Yang Perlu Diminum?

Ada orang kata jangan minum air banyak-banyak. Minum seteguk dua saja, ini petua untuk awet muda. Ada pendapat yang mengatakan kita perlu meminum 8 gelas sehari. Yang mana betul?

Pendapat yang pertama, memang tidak betul. Yang kedua? Tidak berapa betul! "8 gelas sehari" lebih merupakan sebagai lagenda yang telah diterima sebagai fakta.

Baru-baru ini, Jurnal Psikologi Amerika mendedahkan bahawa tidak terdapat bukti saintifik yang dapat menyokong teori "8 gelas sehari". Jangan salah faham pula. Saintis tersebut bukan mengatakan kita tidak memerlukan air. Tetapi nasihat agar kita mengambil 8 gelas air sehari bukanlah satu nasihat yang baik.

Pertama, kita perlu meminum air berulangkali di sepanjang hari. Meminum 8 gelas di waktu pagi dan mempercayai bahawa anda sudah meminum air yang cukup untuk hari tersebut adalah berbahaya.

Mereka yang meminum air, walau setengah gelas, pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga.

Berapa banyak yang perlu diminum? Ianya bergantung kepada cuaca dan aktiviti yang anda jalankan. Lebih banyak anda kehilangan air, lebih banyak yang perlu diminum, lebih banyak dari 8 gelas. Tetapi jangan pula meminum terlalu banyak. Kenapa pula? Meminum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan membuang air kecil) ataupun situasi elektrolit tak seimbang.

Peringatan: Lebih banyak anda meminum air, lebih banyak anda perlu menggantikan elektrolit anda. Di mana anda boleh memperolehi bekalan
elektrolit? Dari air minuman sukan seperti 100 Plus, Excel dll.

Nanti dulu, sebelum anda ke pasaraya untuk membeli minuman tersebut, saya ada satu petua untuk anda. Masukkan secubit garam ke dalam setiap gelen air minuman anda. Nah! Anda sudah mendapat bekalan elektrolit yang cukup. Sudah tentu pengeluar air minuman sukan tidak akan memberitahu kita mengenainya.

Credit: www.kesihatan.biz

read more...

5 Tanda Jantung Anda Sudah Bermasalah

Di kalangan kita, mesti ada yang pernah membaca tentang tanda-tanda atau gejala penyakit jantung. Antara gejala yang paling popular yang sering kita dengar ialah sakit dada dan sesak nafas. Namun, bagaimana pula dengan gejala-gejala lain yang perlu kita ketahui sekiranya terdapat gangguan pada jantung kita?

Menurut pakar jantung, gejala sakit jantung bukan sahaja melibatkan dua faktor tersebut sahaja malah boleh melibatkan gangguan pada anggota tubuh badan yang lain.

Berikut merupakan lima petunjuk yang boleh dijadikan panduan sekiranya terdapat gangguan pada jantung anda. Jika anda mengalami dua atau lebih daripada gejala seperti di bawah maka anda disarankan untuk segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lebih lanjut.

1.Sakit leher

Adakah anda pernah mengalami sakit otot yang berlarutan di bahagian leher? Anda mestilah berwaspada sekiranya rasa sakit ini tidak hilang. Hal ini kerana menurut pengalaman pesakit jantung, tanda-tanda awal yang dapat dikesan ialah rasa sakit dan tegang di bahagian leher. Mereka selalu mengabaikan gejala tersebut kerana lebih fokus terhadap gejala yang lebih besar seperti sakit di bahagian dada, bahu dan lengan.

Bagi wanita, kemungkinan mengalami gejala seperti ini adalah kecil kerana kebiasaannya mereka akan mengalami sakit yang mendadak disertai rasa sakit di bahagian bahu dan bawah leher. Rasa sakit tersebut juga akan merebak ke bahagian kiri tubuh badan termasuk bahu dan lengan.

Bagaimana perkara ini berlaku? Saraf dari jaringan jantung yang rosak akan menghantar isyarat rasa sakit pada tulang belakang dan akhirnya akan merebak ke saraf di sekitar leher dan bahu.

2.Masalah Seksual

Lelaki yang mengalami masalah ereksi biasanya mempunyai masalah berkaitan penyakit pembuluh darah koroner. Kajian terhadap lelaki di Eropah menunjukkan bahawa dua pertiga daripada pesakit jantung yang mendapat rawatan menderita masalah disfungsi ereksi selama berbulan-bulan sebelum disahkan menghidap penyakit jantung. Beberapa penyelidikan terbaru mendapati bahawa memang terdapat kaitan antara masalah disfungsi ereksi dan penyakit kardiovaskular.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat bukti yang jelas bahawa pesakit yang mengalami disfungsi ereksi berisiko untuk menghidap penyakit jantung dan boleh membawa maut.

Bagaimana perkara ini berlaku? Seperti pembuluh darah di sekitar jantung yang boleh menjadi sempit dan mengeras, begitu juga yang berlaku kepada pembuluh darah yang menghantar darah ke bahagian penis. Kerana pembuluh darah di sekitar penis lebih kecil maka, pembuluh ini akan mengalami kerosakan yang lebih cepat bahkan tiga atau empat tahun lebih cepat sebelum penyakit jantung dapat dikesan.

3.Pening, Pengsan atau Sesak Nafas

Sebuah kajian mendapati lebih daripada 40 peratus wanita melaporkan bahawa mereka cenderung mengalami sesak nafas sebelum terjadinya serangan jantung. Anda mungkin akan mengalami kesukaran bernafas, semput atau pening ketika berada di tempat yang tinggi. Apabila anda mengalami kesukaran ketika melakukan aktiviti seperti menaiki tangga, menyapu atau berjalan sedangkan anda tidak mengalaminya sebelum ini maka gejala tersebut perlu diberi perhatian sebagai satu peringatan penting.

Bagaimana perkara ini berlaku? Hal ini berlaku kerana aliran darah pada pembuluh darah yang membawa oksigen ke jantung tidak cukup. Sakit pada otot jantung dan angina juga boleh membuat seseorang berasa sakit ketika menarik nafas. Penyakit pembuluh darah koroner berlaku apabila pembuluh darah tersumbat akibat pengumpulan plak seterusnya menyebabkan jantung tidak mendapat bekalan oksigen yang cukup. Kesukaran bernafas ini seringkali dikaitkan dengan angina iaitu sejenis penyakit pada otot jantung.

4. Gangguan Pencernaan, Mual atau Pedih Ulu hati

Walaupun ramai orang berpendapat bahawa masalah jantung begitu sinonim dengan sakit di dada namun, hal ini juga boleh berlaku pada bahagian perut. Bagi sebilangan orang khususnya wanita, gejala seperti pedih ulu hati, sensasi kekenyangan atau tersedak perlu diambil berat kerana gangguan pencernaan yang serius dan rasa mual-mual juga boleh menjadi petanda awal serangan jantung atau dikenali sebagai miokardial infarksi. Sebuah penyelidikan menunjukkan bahawa wanita lebih cenderung mengalami gejala muntah-muntah, mual dan gangguan pencernaan selama beberapa bulan sebelum serangan jantung berlaku.

Bagaimana ia berlaku? Timbunan lemak pada pembuluh darah akan mengurangkan bekalan darah ke jantung sehingga menimbulkan rasa sakit khususnya di bahagian dada namun ia juga boleh berlaku pada bahagian perut. Mual dan pening-pening juga menjadi petanda bahawa serangan jantung sedang berlaku. Justeru itu, perlu segera memanggil doktor sekiranya keadaan tersebut berlarutan.

5. Sakit pada rahang dan telinga

Kesakitan pada rahang adalah sesuatu yang misteri dan sangat mengganggu. Keadaan ini boleh berpunca daripada pelbagai faktor tetapi kadang-kadang ia merupakan petanda tentang wujudnya penyakit pembuluh darah koroner (CAD) dan tanda-tanda awal serangan jantung. Beberapa pakar sedang mengkaji tentang kaitan antara sakit pada rahang dengan risiko serangan jantung. Hasil kajian mendapati bahawa ramai pesakit jantung melaporkan mengalami masalah sakit pada rahang sebelum terjadinya serangan jantung.

Bagaimana ia berlaku? Kerosakan pada jaringan organ jantung akan merangsang penghantaran isyarat turun naik pada bahagian tulang belakang yang akhirnya merebak pada saraf-saraf lain bermula dari tulang leher, rahang hingga ke bahagian telinga.

Credit: inhealthbeauty.com

read more...

RevoTrack

Developer's Notes

Work with your Revo GPS Tracking hardware. Absolutely free. No subscription needed.

Control your car from anywhere in the world with your iPhone

- Locate your car and show on the iPhone map

- Start your car engine from your iPhone

- Lock & unlock your car

- Monitor your car visited destination

- Remote immobilize car engine during hijack

- Monitor your children driving behavior (speeding)

Alert and Notification (via SMS and Voice call)

- Instantly alert and notify you when car alarm trigger

- SMS notify you when car battery weak

- Build in Li-ion battery that allow Revo GPS Tracking continuous operate and notify you even when car battery is being tampered and removed.

- Towing detection and SMS notify you

- All SMS notification include informations of arming status, speed, car battery voltage, location latitude and longitude, 1-click mapping link.

Other special feature

- Hidden microphone allow listen in to verify critical situation in the car

- Panic button when press will notify 2 emergency contact number with the current car location

- Optional Center Monitoring Center (CMS) subscription with 24 hour 7 days a week professional monitoring



read more...